Bayi

Menjaga Gigi Si Comel

Lama tak bercerita pasal perkembangan si comel Sofiya ni. Abahnya sibuk dengan urusan harian tak sempat nak buat coretan pasal Sofiya. Hari ni umur Sofiya dah setahun sebulan, alhamdulillah perkembangannya baik-baik saja. Selepas demam dan batuk masa nak genap setahun tempoh hari, memang kesian tengok. Sampai ada sekali tu nose block! Kelam kabut pergi klinik. Tapi alhamdulillah dengan izin-Nya dan selepas berjumpa dengan pakar kanak², Sofiya kembali aktif. Cuma kadang² batuknya tenggelam timbul. Sekejap ada sekejap tak ada. Makannya pun ada berpantang.

Bila anak pertama ni, banyak perkara yang belum ayah & ibunya tahu dan perlu banyak bertanya pada orang yang lebih pengalaman. Jangan malu bertanya sebab anak ni bukan bahan ujikaji untuk cuba satu² ubat, makanan atau apa saja. Kesian pada baby nanti Kadang² aku sendiri pun buat Sofiya macam anak patung. Heh. Bapak ohhh bapak.

Menarik tentang Sofiya pada umur setahun sebulan ni, giginya dah banyak! Gigi Sofiya mula tumbuh masa umur 6 bulan lebih kurang. Gigi depan, atas bawah, sekarang ni gigi geraham pun dah muncul. Pantas sungguh. Jadi, bila baby dah tumbuh gigi ni, kena la jaga daripada awal. Bukan apa, takut nanti belum masuk sekolah gigi dah ronggak. Dah tak comel kan. Heh.

Perkara yang perlu diambil perhatian bila nak menjaga gigi si comel ni 1. pemakanannya [termasuk susu], 2. penggunan puting, dan paling penting 3. perlu kerap gosok gigi si comel. Si comel memang gatal gusi bila nak tumbuh gigi, jadi ada je benda yang nak digigitnya. Semua benda yang si comel nampak depan mata semua dikaut masuk mulut. Mak, ayah kena la pantau apa yang dimasukkan dalam mulut tu. Kalau makan biskut baby atau menyusu, pastikan lepas habis bilas sikit dengan air kosong untuk cuci kawasan dalam mulut.

gosok gigi sofiya
gosok gigi sofiya

Baby dan puting mungkin tak dapat dipisahkan. Tapi ada juga mak ayah yang tak bagi langsung puting kat baby. Alasannya nanti gigi cepat rosak, jongang dan lain² alasan yang sewaktu dengannya. Aku tak nafikan semua tu, tapi untuk baby yang tak lekang dengan puting, tak ada masalah, cuma elak daripada bagi atau suakan bila si comel tak memerlukan. Bila baby tengak syok main, sebaiknya ditanggalkan puting dan lekakan dengan permainanya untuk elak dia menangis, Pada masa sama, itu membantu perkembangan pertuturan si comel. Ya la, bila mulut baby dah kena sumbat puting, senyap la dia. Jadi, macam mana si comel nak praktik bercakap. Kalau tak ada puting, mesti ada je bahasa baby yang disebutnya. Mak ayah pun boleh layan berborak kan? Jadi cepat la di bercakap.

Akhir sekali, bila gigi si comel dah banyak, boleh la beli berus gigi untuk menjaga giginya. Gosok gigi si comel sekurang²nya 2 kali sehari. Pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Sebaiknya gunakan ubat gigi yang khusus untuk si comel. Jangan guna orang tua punya – pedas sebab ada flourida. Tak sesuai untuk kanak². Di pasaran ada banyak pilihan untuk diberi pada si comel ni dan kebanyakannya untuk umur 12 bulan ke atas. Macam Sofiya, jenama Raiya aku pilihkan dan bila gosok tu confirm dia akan telan. Pastikan juga status halal bagi yang Muslim. Untuk berus gigi pula, sebaiknya gunakan yang boleh sarung dengan jari, mudah untuk gosok gigi si comel berbanding kalau gunakan yang berbatang. Lagi pun si comel belum pandai pegang dan gisik gigi sendiri kan?

berus gigi baby
berus gigi baby

Bila gigi dah bersih berkilat, baru la boleh senyum lebar²

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s