Bayi

BAHANG PRU13

Bahang PRU13 masih terasa. Saat entri ni ditulis, aku sedang berdiri menanti giliran untuk memangkah. Dekat sejam juga berdiri semata² menunaikan tanggungjawab kepada negara. Tau balik tadi. Keluar pun tak la awal sangat, 9.30, tapi dah ramai juga yang beratur. Bersusun.

PRU13
PRU13

Lain kali kalau nak datang biar awal pagi. Tolong buka pintu pagar sekolah sekali. Kalau dah lewat baik datang petang je. Kalau ada bayi boleh bawa, nanti boleh dapat drive tru lane. Dah la pertama kali memangkah. Oppsss umur dah tua bangka baru nak mengundi. Heh. Aku ada alasan sendiri. Korang yang tua bangka belum pernah mengundi langsung apa cerita?

Untuk kali pertama ni aku mengundi kat SK Bagan. Alamat IC kat kampung kan. Lepas ni nak tukar alamat mengundi tempat lain la pula. Aku tak risau kawasan sini. Aku risau kawasan tempat aku kerja tu. Kerusi panas di sana. Coming GE, mau ubah tempat buang kertas pangkah.

Nasib baik ada handfon canggih. Boleh juga membuang masa menaip entri. Kalau tak ada handfon canggih ni mau kematu tunggu giliran. Dah la cuaca seram sejuk. Perut pula nak memulas. sigh~. Dan maaf, aku kurang gemar menampal jari yang terpalit di entri ni. Memadai aku post jari kaki kat instagram je. Heh.

Gerak hati yang kurang senang untuk memangkah, mengurangkan selera untuk berfikir panjang. Apa pun keputusannya, harapnya Allah swt memberikan yang terbaik untuk negara Malaysia yang tercinta ini.

PRU13 suruhanjaya

Wei, apa lama sangat memangkah tu. Sejam lebih dah ni. Ada jawapan A, B, C ke. Dan tolong, jangan ambil gambar kertas undi ye. Sekian!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s