Kehidupan

Angkat Kepala

Masuk minggu ni dah 12 minggu si comel sofiya lahir ke dunia. Banyak cabaran dan dugaan dalam menjaga si kecil ini. Pengalaman baru bagi aku yang pertama kali bergelar ayah, abah, daddy, walid dan lain² gelaran tapi maksudnya sama. Tak lupa juga untuk si ibu merangkap sang isteri yang tak pernah kenal erti penat lelah.

si comel
si comel

Pada minggu ke-11 aku dah mula ajar si sofiya ni mengguatkan otot² dan tulang temulangnya. Bengkok²kan kaki dia, buat renggangan tangan dan push-up. Push-up? Jangan pelik, aku gemar buatkan perkara ini kat budak kecil. Anak akak aku ke, abang aku ke semua aku push-upkan dengan menarik tangan dia ke atas, dan dengan dorongan itu juga, si comel secara spontan akan cuba untuk angkat kepala. Dengan itu, membantu otot lehernya untuk berkembang. Tapi, TOLONG jangan paksa, karang tercabut siapa yang susah? haaaaa

Kesannya, semalam dan kelmarin si comel ni dah pandai angkat kepalanya sendiri. Aku sendiri terkejut. Cepat betul nak duduk. Pelan2 Sofiya, belajar meniarap dulu. Lepas ni buat exercise dada pula ye.? haha.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s